
1. TIDAK BERCUMBU TERLEBIH DULU
Menurut kajian, 79% dari lelaki Malaysia suka melakukan seks spontan (gaya koboi atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami mencumbui bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu serta bercium secukupnya.
2. MENIUP TELINGA YANG TERLAMPAU
Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan dan romantik. Itu akan mampu membangkitkan rasa ghairah isteri. Jangan lakukan seperti meniup belon harijadi kerana itu akan menyakitkan telinganya.
3. TIDAK BERCUKUR
Muka lelaki yang tidak bercukur akan menjadi seperti duri landak oleh isterinya, apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke peha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah tapi untuk mengelakkan kulit mukanya yang halus itu dari dicucuk oleh janggut serta jambang si suami.
4. MEMICIT PAYUDARA
Ramai lelaki memperlakukan isterinya seperti surirumah menggunakan kedua-dua tangannya memicit tembikai untuk tahu sama ada ia sudah masak atau tidak. Apa yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai dan mengusap.
5. MENGGIGIT PUTING PAYUDARA
Puting payudara adalah sensitif dan tidak harus diperlakukan seperti mahu meniup pelampung. Jangan dikunyah seperti makan chewing gum. Yang patut dilakukan ialah jilat serta sedut, atau sentuh dengan hujung lidah.
6. JANGAN CARI STESEN RADIO
Jangan cari stesen radio menggunakan puting payudara isteri kerana itu akan membuatkan isteri merasa sakit. Usah fokus pada puting saja tapi seharusnya pada seluruh payudara.
7. ELAKKAN DARI TERUS MENGEBOM
Isteri anda bukan tiga anggota saja (dua bukit satu gua). Seluruh anggota tubuhnya dari rambut ke kaki perlukan belaian anda. Jangan terus pergi mengebom tiga anggota saja. Oleh itu suami perlu menyentuh dan membelai tempat-tempat sensitif yang lain seperti tengkuk, perut, peha dan bahagian-bahagian lain yang boleh menimbulkan keseronokan kepada isteri.
8. GELOJOH SANGAT
Tunggu hingga isteri bersedia dan membuka pakaiannya. Jangan terburu-buru dan gelojoh hingga tangan anda tersepit di pakaian dalam isteri anda.
9. BUKAN TONG SAMPAH
Jika anda pakai kondom, ianya bukan hadiah untuk isteri anda. Membuang kondom adalah tanggungjawab suami.
10. JANGAN JADI SHARP SHOOTER
isteri bukan untuk diserang secara ‘direct’, yang patut dilakukan ialah mengurut-urut dengan jari di sepanjang tepinya saja.
11. MANA ADA TEA-TIME
Jangan sekali-kali berehat pula bila anda melakukan istimta’ (foreplay),tubuh isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak.Teruskan rangsangan anda.
12. JANGAN JADI INCREDIBLE HULK
Bila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas sebagaimana anda membuka hadiah yang bernilai. Ingatlah, isteri anda adalah insan yang banyak berkorban untuk anda. Layanilah dia sebaik-baiknya.
0 comments:
Post a Comment